2020. 3. 3. 18:09ㆍ카테고리 없음
Perkara mengenai kebebasan diri telahdiperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yangmemperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkankebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebabdia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yangdipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidakdilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam. Perlembagaan Persekutuan Malaysiamemperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhakmendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegaraitu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atautempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaumbumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan sepertipemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswadan pengeluaran permit serta lesen.
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysiamemperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeriatau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhakbergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan.Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yangberkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undangyang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam,kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysiamemperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiapwarganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individuberhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri danundang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apaiktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam.Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalanganorang bukan Islam. Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasanuntuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanakatau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaansemata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan yayasanitu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakanbantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenaiagama Islam kepada penganutnya.
Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apaajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacaraatau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Semasa berkempen, calon-calon dikehendakimematuhi etika pilihanraya bagi memastikan suasana aman dan tenteram. Padawaktu ini, mereka dibenarkan membelanjakan RM 50,000.00 bagi pilihan raya DewanRakyat dan RM 30,000.00 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Selain itu,semasa berkempen mereka dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untukmemancing pengundi seperti mengedarkan risalah, surat, pelekat, poster, ceramahatau berkempen dari rumah ke rumah. Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepadabeberapa syarat iaitu. Perkara 153 Perlembagaan PersekutuanMalaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteriuntuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah danSarawak.
Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputeradi Sabah dan Sarawak suatu kadarbilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuanmemandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalampentadbiran kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah olehBritish, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang olehorang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris.Manakala jawatan-jawatan tinggi pula dipegang oleh orang British. Pendudukpribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini,para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka perlembagaan telah sepakat bahawa bilanganorang Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan. Peruntukan ini adalah untuk menolong orangMelayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian memandangkanselama ini orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi.
Pengajian Malaysia Sejarah Tanah Melayu
Semenjak penjajahanBritish sehinggalah kemerdekaan, orang Melayu masih kurang menceburkan diridalam perdagangan dan perniagaan. Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskanpengenalan bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakannyadidominasi oleh bangsa asing. Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan DasarEkonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an dengan harapan orang Melayu akan memilikisekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustriandi Negara ini. Semua raja dan Yang diPertua Negeri secaraautomatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Walau bagaimanapun, Yang diPertuaNegeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk tujuan mesyuaratberhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-PertuanAgong, melucut jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenaikeistimewaan raja-raja. Selain itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda bertindak sebagai Ketua NegaraMalaysia.
Di Singapura,Parti Tindakan Rakyat (People Action Party – PAP) di bawah pimpinan Lee KuanYew mengalami kemerosotan. Fenomena inijelas apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulanMei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961.PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telahberpecah dan membentuk Barisan Sosialis.Banyak pihak yang khuatir dengan perkembangan ini kerana takut pemerintahanPAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialis yang dipengaruhi olehpemimpin-pemimpin berideologi komunis.Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubunganbaiknya dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akanterjejas.
Untuk membendung perkembanganini dari terus menjadi buruk, kerajaan Perikatan berusaha untuk menggabungakanSingapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu negara. Wujud banyakpenentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yangmeluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di Sabah lahir padabulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (UnitedNational Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukanMalaysia, malah mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun KebangsaanBorneo Utara yang dipimpin oleh G.S.
Sundang telah ditubuhkan untukmemperjuangkan kemerdekaan Sabah. Namun PartiRakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebutkerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak danKalimantan Utara ke dalam satu kesatuan.Ini keran A.M.
Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia merupakan satucara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapatmenguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan. Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akankehilangan sebahagian besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini. PendudukSingapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambutbaik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapatsambutan daripada rakyat Singapura sendiri.Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju darisegi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasanMalaysia kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkanpengaruhnya.
Download Buku Pdf
PresidenMacapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina keatas Sabah. Mereka juga sebenarnyapernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British dengan menghantar sepucuksurat rasmi pada 22 Jun 1962.
Tuntutanini dibuat kerana mereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahanKesultanan Sulu suatu ketika dulu.Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malahmengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah sama ada daripada kerajaan Filipina atauorang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British. Pada bulan Julai1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu danBorneo telah diadakan di Singapura.Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telahmenjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak danBrunei. Penerangan ini telahmengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPMyang dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgaipengerusinya. Brunei tidak menggangotaiperwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana ketidaksedianBrunei menyertai pembentukan Malaysia.